SUSUR GALUR ASAL USUL VOICES OF TERENDAK
Dahulunya kami dikenali sebagai Shoutul Mulim. sebuah kumpulan nasyid di MRSM Terendak.kalu hendak diceritakan susur galur asal usul kumpulan ini, 10 muka surat pun x confirm cukup. jadi, disingkatkan hingga bagaimana kami mentrans'VOTE'tasi Shoutul Muslim kepada Voices Of Terendak. Shoutul Muslim asalnya ditubuhkan untuk festival nasyid 2009. pada waktu itu asalnya hanya terdapat 3 orang ahli. [firdaus,shafiq, dan arif] namun tanpa disangka2 si firdaus terpaksa mengikuti pemilihan bahas peringkat maktab pada waktu yang same. jadi dalam kegawatan ahli, kami terpaksa mencari2 ahli2 baru untuk melengkapkan jumlah ahli yang diperlukan iaitu seramai 5 orang. dalam kesempitan yang kami alami, muncullah khairul isnin bagi mengisi kekosongan. beliau diambil BUKAN KERANA TERPAKSA! tetapi tulus ikhlas dari si penulis, beliau memang berbakat dan layak untuk mengisi kekosongan. namun shoutul muslim masih lagi kekurangan 2 orang ahli. dalam pada itulah sewaktu firdaus dan shafiq sedang menyanyi dalam surau, muncul pula faiq yang tiba2 mampu mengharmonikan lagu yang sedang dinyanyikan oleh si firdaus dan faiq. alhamdulillah. tambah seorang lagi ahli shoutul muslim. dan kemudiannya, si firdaus pula tidak terpilih untuk menyertai bahas untuk mewakili maktab. (adakah si firdaus sedih? oh tidak sama sekali. hehe) maka dengan itu, lengkap sudah 5 orang ahli Shoutul Muslim [firdaus,shafiq,faiq,arif,khairul]. latihan demi latihan kami jalankan dan akhirnya kami berjaya memenangi festival nasyid pada waktu itu.
Sedar atau tidak, sebenarnya kisah ini masih belum lagi masuk ke bahagian bagaimana Shoutul Muslin bertrans'vote'tasi menjadi Voices Of Terendak. kisah nya begini. pada suatu malam, ust tony [seorang ust yang berkaliber lagi berkarisma] berjumpa dengan kami dan meminta kami untuk membuat persembahan di surau MRSM Terendak. kami bersetuju dan persediaan untuk persembahan tersebut kami laksanakan. kami jadikan bilik A8 sebagai studio untuk kami berlatih. kebetulan salah seorang ahli bilik tersebut, amir azrin juga berbakat dalam seni suara. jadi tanpa berfikir panjang kami terus mengambilnya sebagai salah seorang ahli. apabila kami mempunyai ahli baru, maka nama juga kami perlu perbaharui. dan pada saat dan ketika itulah kami mentrans'vote'tasikan Shoutul Muslim kepada VOTE. demikianlah asal usul penubuhan VOTE [firdaus,shafiq,arif,faiq,khairul,amir]. buat pengetahuan semua VOTE bukan sahaja ingin memyampaikan lagu2 nasyid. bahkan kami juga ingin memperbaharui kaedah menyanyikan nasyid kepada satu tahap yang lebih baik dengan menyanyikan secara acapella. mungkin kami juga masih mentah dalam ilmu per'acapella'an. namun kami mendapat bantuan daripada kumpulan2 lain yang kini nama mereka sudahpun gah di kaca mata global seperti Muslim Voice dan Fatih. manakala ilmu seni suara [harmonizing] kami perolehi daripada salah seorang senior di MRSM Terendak, Saudara Muhd Ali Husaini. ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka.